Semoga diberi kelapangan dan idea yang baik dari Allah S.W.T
Semoga diberi kelapangan dan idea yang baik dari Allah S.W.T
Bantulah aku...
Tunjukkan jalan yang benar.....
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
CARA MAKAN
- JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
- TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
- JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.
- Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
- Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam…
WallahuA’lam
Info dari Bro Mawi Fasi Asa Explore Trainning & Consultancy (t.q dpt copy n paste..jmpe di program ASA yg laen..insyaAllah)
adakah ckup amal ibadah yang telah ku lakukan..
Adakah masih ad ramadhan yang akan kulalui selepas ini...
Mampukah ak mengejar pahala di akhir ramadhan
tatkala kita sibuk menanti ketibaan syawal..
Mengapa masih ad yg tidak sedar kemulian Ramadhan..
Mengapa ramadhan dikotori dengan amalan maksiat..
Tidak sedarkah mereka Kiamat makin hampir..
mampukah ak..bolehkah ak...kuatkah ak...
memimpin mereka ke jlan yg benar...
membimbing diri, keluarga dan sahabat ku sendiri...
Ya Allah..bantulah ak...kuatkan ak..
..Aku Insan Biasa..Yang Megharapkan Belas Kasihan Darimu, Ya Allah..
Masuk tahun ini adalah kali ke-3 ak merasakan nikmat berpuasa di PSIS, mcm slalu x byak yg berubah.. buke pose kt PI, solat terawih, bertadarus, dan uruskan beberapa program sepanjang buln ramadhan. Dan sahabat2, alhamdulliah makin bertambah dan makin rapat dengan kehadiran pelajar semester 1, alhamdulliah.
PSIS telah melaui proses perubahan yang ketara, 'penuntutnya'????? lagila berubah..emm!!!!
kte same2 bdoa agar pintu hati mereka terbuka dan peringkatan ne utk diriku juga, sesungguhnya ak juga manusia biasa yg x telepas dari dosa.. ucpan buat sahabat blogger semuanya "Slamat menjalani Ibadah Berpuasa, dan semoga puasa pd thun ini lebh bermakna dn mendkatkan diri kte kpd pencipta". Insyallah..
by iluvisam
Setiap orang yang mengaku beriman dengan kebesaran Allah pasti akan bergembira apabila tiba bulan Ramadhan Al Mubarak di setiap tahun. Asbabnya Ramadhan satu-satunya bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain, oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menjelaskan Ramadhan adalah penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Hanya orang yang kenal kelebihan Ramadhan sahaja yang akan bersedia bila menjelangnya bulan yang mulia ini.
Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta diikat semua iblis dan syaitan. Oleh kerana itu apabila seorang melangkah masuk ke bulan Ramadhan bererti mereka memasuki gerbang pertapaan yang penuh dengan ujian dan latihan. Kerana itu sudah sewajarnyalah kita membuat persiapan yang perlu dari segi rohani dan jasmani iaitu.
1. Mengulangi kembali pelajaran-pelajaran yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan yang dibaharui dengan pedoman-pedoman yang baik serta pengalaman-pengalaman yang baru dan sempurna. Pelajaran-pelajaran itu hendaklah yang berhubung dengan rukun, syarat sah, syarat membatalkan puasa, perkara-perkara sunat, makruh, abad berpuasa dan hikmat yang terkandung serta perlaksanaan ibadat puasa yang merupakan ibadat yang istimewa ini.
2. Membuat persiapan dari segi Rohani rasa hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi bulan puasa sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
3. Memperbanyakkan doa moga-moga Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari riak, ujub dan dari segala rupa penyakit yang menghilangkan pahala puasa.
4. Menguatkan semangat dan hemat untuk melaksanakan latihan yang akan kita jalani sepanjang bulan ini dengan sempurna agar kita memperolehi kesan yang dimaksudkan iaitu peningkatan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Bulan puasa itu merupakan bulan latihan berjihad memerangi hawa nafsu yang loba dan tamak.
Bulan puasa adalah bulan bercucuk tanam untuk akhirat, bulan menghasilkan bekalan untuk hari kemudian, bulan membersihkan dan menyuci diri dari berbagai dosa dan noda serta menghiasi diri dengan budi yang tinggi dan pekerti yang luhur. Maka oleh itu hendaklah kita menyediakan diri kita dalam melaksanakan hak puasa dengan perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang baik dengan sepenuh hati, jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan itu kerana seorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik apabila datang masa menuai tegasnya semasa berhadapan dengan Allah s.w.t.
Kita hendaklah mengelakkan daripada kebiasan-kebiasan yang memberatkan dan merugikan diri kita seperti berbelanja berlebihan, boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang yang tidak mendatangkan faedah kerana perkara-perkara tersebut adalah bertentangan dengan hikmat berpuasa. Sebaliknya hendaklah kita menyambut bulan puasa dengna cita-cita dan azam yang tinggi membanyakkan ibadah samada siang atau malam hari dengan kemahuan hendak melatih diri serta mensucikan jiwa. Kita hendaklah mengucapkan tahniah di atas kedatangan bulan Ramadhan itu kerana ianya merupakan hak muslim ke atas muslim.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud: Daripada hak seorang muslim kepada muslim yang lain ialah apabila mereka menerima kebaikan hendaklah kita mengucapkan tahniah.
Rasulullah s.a.w. sentiasa menggembirakan para sahabat di atas kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang membawa rahmat serta nikmat yang tidak terhingga kepada mereka yang berpuasa, bulan melebur dosa dan memerdekan hambanya dari azab api neraka. (Riwayat Nasaie dan Ahmad daripada Abu Hurairah)
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.
Rasulullah s.a.w. juga mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud: Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik.
Daripada hadis-hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan:-
Bahawasanya bulan Ramadhan adalah bulan istimewa bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah s.w.t. Sewajarnyalah setiap muslim mengambil kesempatan daripada ketibaan bulan Ramadhan Al Mubarak ini dengan memperbanyakkan amal-amal soleh samada disiang hari atau dimalamnya. Bulan Ramadhan adalah bulan pendidikan dan latihan maka setiap orang yang menerima kedatangan bulan Ramadhan ini hendaklah membuat persiapan yang sekucupnya samada dari segi jiwa, fizikal dan spiritual.Anggaplah Ramadhan sebagai bulan saringan pelepasan ke padang Masyar!
Diharapkan semua pembaca blog berada dalam keadaan yang dilindungi Allah dan terhindar dari wabak virus H1N1 yang mula mengganas pada masa ini, insya-Allah.
Bercerita mengenai wabak ini, saya juga merasai kesanya apabila wabak ini telah menular di tempat pengajian saya di Politeknik Sultan Idris Shah.Amat membimbangkan lagi, jika tidak silap 2 orang dari penunutut PSIS telah dikesan mendapat wabak influenza H1N1 ini dan bertambahlah institusi IPTA di Malaysia yang ditutup ekoran dari penularan wabak ini. Hari first saya mendaftr, saya telah didatangi seorang shabat yang berlaian kursus . Kami pn berborak sebab lame x berjumpe. Dia tnye sya "bile ea poly kite nk tutup macam poly lain?", kemudian saya tanya dia "knape plak nk ttup sdangkan kite baru je daftar??".. tanpa segan silu dia membalas soalan sya dgn jawapn "yela..tutup sebb H1N1".. saya tnye pada dia "ko nk ke jadi mangsa pertama kt poly ne yg dijangkiti h1n1??".dia pn diam.
Hari pertama menjalani pengajian di PSIS berjalan seperti biasa. Masuk hari ke-2 pengajian sya mendapat khabar ramai dari pelajar PSIS telah dibawa ke Hospital disebakan oleh demam, batuk dn sebagainya. Masuk hari ke-3 seramai lebih 300 pelajar PSIS dibawa ke Hospital kerana menghidapi penyakit yang sama. dan ketika itu ada pelajar yang telah di kuarentin kerana terdapat di syaki suspek H1N1.
Sebenarya sya pn ada terfikir, bleh ke wabak H1N1 ini sampai ke Sabak Bernama... saya juga tidak menyangka pada petang khamis (6 ogos 2009) Timbalan Pengerusi 1 membuat pengumuman dimana PSIS akan ditutup selama seminggu untuk mengekang virus ini.
Sya mahukan respon dari kalian semua, adakah tindakan menutup institusi pengajian dapat mengurangkan risiko penularan wabak H1N1 ini. Apakah kebaikan dan adakah wujudnya keburukan??.
so, fA dn family g sambut b'day ayah dgn dinner kt 1 restoran seafood...
kpada kakak fA yg berada di beijing, China jgn jeless sbb xdpt mkan ngn ktowg..hehehe
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparanny
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
dedikasi khas ini buat sahabat2 n teman2 fA....
ex-Sek.Keb.Bkt Kerayung,
ex-Institut Kapar (IK),
ex-Sek.Agama.Men.Jeram,
ex-Sek.Agama.Men.Tinggi.Hishamuddin,
Politeknik Sultan Idris Shah,
dan tidak lupe shabat2 yg mengenali fA..
yg dh lame xjumpe & bersua..
walau dimana anda berada..
kalian tetap dlam ingatan...
Maaf andai kalian pernah ku lukai...
mengenali seseorang itu kadangkala..
membuat kita ketawa..
mengenali seseorang itu kadangkala..
membuatkan kita mengalirkan air mata..
sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi
kita sejuta rasa..marah, syg & rindu..
tapi sedarkah kita?
mengenali seseorang itu
sbnarnya adalah satu anugerah..
biarpun hadirnya sekadar seketika
dan sekadar teman smentara..
bersyukurlah dengan khadiranya...
kerna barangkali melaluinya kita dapat mengenal ape itu erti
PERSAHABATAN..
Ya Allah..
Touch the people I care for..
Keep them safe & Happay..
Give them love & good health..
Bless them..
I miss you frenz!!!!
oleh itu..
hargaila mereka seadanya..
teman ibarat mentari..
pabila menyinsing hilangla serinya..
kata orang..
teman bagaikan bulan..
fajar menjelma pada sinaran..
kata orang..
teman umpama bunga..
Habis madu sepah dibuang..
kata orang..
teman bak kaca yang tajam..
menikam tanpa belas kasihan..
Tapi..
kata ku..
Teman bagai rahmat..
bkan hak milik tapi anugerah..
sahabat..
orang yang istimewa
bkan selalu di depan mata..
bkan yg sentiasa disisi..
tetapi..
dia sentiasa di hati..
dan
diingati dalam setiap bisikan doanya..
bintang..
sentiasa kekal di atas sana..
tpi x selalu muncul dan bersinar..
begitulah juga ibaratnya SAHABAT..
x selalu disisi tapi dkat di hati..
sahabatku..
jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkanlah aku degan amaran2 ALLAH..
jika ku bersedih, tanpa kata..
pujuklah aku dgn tarbiah pencipta..
jika ku lemah tak berdaya..
ingantkanlah aku dgn kehebatan syurga..
jika antara kita ada tembok yang memisah,
ajaklah aku untuk meleraikanya segera..
jika pernah hatimu terluk..
luahkan agar aku berubah..
Dan..
jika esokku lena tanpa jaga..
iringi lenaku dgn kalungan al-fatiha..
insyaallah persahabatan kita kekal selamanya...

dan ini bermakna fA dn kwan2 seangkatan (yg ngah LI)
akan merdeka..yahoooooo
memang saat2 inilah yg ditunggu..
fA x sbor dh ne nk hbes praktikal..
balik poly jumpe kwn2, smbung blaja...
poly!!!! tunggu kdatangan aku...
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."
Sesungguhnya sudah lame saya tidak update blog ini, huhu bz beb..
emm..
dan sesungguhnya hari ini saya juga rasa terkilan, sedih dgn perasaan yg bercampur2 dimana sahabat saya telah menyampaikan 1 berita buruk yg telah berlaku pada persatuan yg saya amat sayangi, setelah saya dan sahabat2 JPI yg lain cube bertahan dan teguh berhadapan dgn pelbagai krisis pada sesi julai 2008 yg lalu, hari ini ia berlaku lagi.. sedih teramat sedih
dan sesungguhnya saya dah penat dan lelah mengenag nasib persatuan saya..kadang2 saya terfikir untuk quit saje..tapi bile direnung dan difikirkan kembali, ia amat berat dan ia satu pengorbanan yang saya xbleh lakukan...
dan sesungguhnya ape pn yg blaku, PU or JPI tetp sy pegang. bkan sbgai tiket mendapat imbuhan sprti sijil, asrama atau sebagainya tetapi ia adalah sebuah KELUARGA yang ada ibu, ayah, kakak, abang, adk2 dan SAYA......
wasalam
Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Diminta kesemua sahabat2 Pu sekalian menghubungi
(Ahmad Zulhilmi)
Huh..lega ye, 3 minggu fA bergelut tok siapkan satu sistem sempena Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Negeri selangor...Alhamdulillah dah setle, karnival pn dah bjalan dengan baik dn perfect...klu shabt2 nk taw, fA buat sistem kuiz tok plajar 12 thun ke bawah...
sistem kuiz ne bkaitan ngn k.sel...sistem yg fA wat ne mcm game, klu diowg jwp btol mrkah akan btambah.sistem ne simple je..

Karnival Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu ne blangsung slame 2 hari di setiap daerah, giliran daerah K.Sel pada 19 n 20 Mac 2009...
time karnival 2, fA kne jage outlet Pejabat Daerah, apelagi jge kuiz la...ad jugak unit2 kt Pejabat Daerah jalankan aktiviti diowg sperti kutipan cukai n pendaftaran E-bu Tunggal..yg paling gamat n mendpat sambutan, aktivit unit ICT la..hehehe, ape xye khemah Pejabat daerah penuh ngn bdk2 yg nk jwap kuiz.., snok n bangga rase ye ble sistem 2 dpat smbutan.. bkn bdk2 je nk jawab kuiz 2, tapi bapa bdk pn ad yg nk jwb.hehehehe......pening kpala ble nk melayan bdk2 yg mcm2 ragam, tapi fA suke mlayan bdk, so noting 2 wory ....

ble fA smpai je, fA tekejut ble mane fA nmpk org yg fA sgt kenl... rupe ye yg nk jmpe fA bkn ye Pn. Haznizah, pegawai Latihan Industri yg nk jmpe fA.die dtg nk melawat fA..tkejut, confius, semua ad..mane x ye, En. Ikhmal yg dtg n fA x bersedia pape pn..fA pn tekjut nape plak awal sgt die dtg melawat n x inform kt fA pn.... huhuhuhu, kebetulan bos fA ari ne MC... mcm ne nk wat ne???
fA pn pelawa En.Ikhmal g office fA. dia just nk tngok fA pnye buku log, alhamdullilah buku log 2 fA bawk n setiap ari fA tulis...En. Ikmal pn byk beri tunjuk ajar mcm ne nk wat log book dgn lebih baik n mase nela fA tnye dia mgenai cara wat laporan akhir..xde pape pn yg nk dirisaukan, so fA be cool je..hehehe.
Buat kawan2 fA yg ngah LI 2, ha! jage2..entah esok lusa giliran u'all plak...mane taw.. hehehe
...senario di atas bagi fA adalh suatau yang biasa pada dunia teknologi hari ini.. bagi pendapat fA ia bergantung kepada sesorang individu tersebut untuk menggunakan kecanggihan teknologi denagn cara yang bagaimana.. adkah untuk suke2, menghabiskn masa didepan laptop untuk chat or play game dari celik mata sampai nk tutup mata, bagi mereka yang suka tangkap gmbar n sebar dalam u-tube or pelbagai jarinagn internet, berkemungkinan mereka ini ingin membalas dendam atau mereka ini memang xde keje lain.. tapi, jika mereka yg taw menghargai kecanggihan teknologi, fA respect u'all....
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?