Update 6 ogos 2009- VIRUS H1N1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Diharapkan semua pembaca blog berada dalam keadaan yang dilindungi Allah dan terhindar dari wabak virus H1N1 yang mula mengganas pada masa ini, insya-Allah.
Bercerita mengenai wabak ini, saya juga merasai kesanya apabila wabak ini telah menular di tempat pengajian saya di Politeknik Sultan Idris Shah.
Amat membimbangkan lagi, jika tidak silap 2 orang dari penunutut PSIS telah dikesan mendapat wabak influenza H1N1 ini dan bertambahlah institusi IPTA di Malaysia yang ditutup ekoran dari penularan wabak ini.
Hari first saya mendaftr, saya telah didatangi seorang shabat yang berlaian kursus . Kami pn berborak sebab lame x berjumpe. Dia tnye sya "bile ea poly kite nk tutup macam poly lain?", kemudian saya tanya dia "knape plak nk ttup sdangkan kite baru je daftar??".. tanpa segan silu dia membalas soalan sya dgn jawapn "yela..tutup sebb H1N1".. saya tnye pada dia "ko nk ke jadi mangsa pertama kt poly ne yg dijangkiti h1n1??".dia pn diam.

Hari pertama menjalani pengajian di PSIS berjalan seperti biasa. Masuk hari ke-2 pengajian sya mendapat khabar ramai dari pelajar PSIS telah dibawa ke Hospital disebakan oleh demam, batuk dn sebagainya. Masuk hari ke-3 seramai lebih 300 pelajar PSIS dibawa ke Hospital kerana menghidapi penyakit yang sama. dan ketika itu ada pelajar yang telah di kuarentin kerana terdapat di syaki suspek H1N1.

Sebenarya sya pn ada terfikir, bleh ke wabak H1N1 ini sampai ke Sabak Bernama... saya juga tidak menyangka pada petang khamis (6 ogos 2009) Timbalan Pengerusi 1 membuat pengumuman dimana PSIS akan ditutup selama seminggu untuk mengekang virus ini.

Sya mahukan respon dari kalian semua, adakah tindakan menutup institusi pengajian dapat mengurangkan risiko penularan wabak H1N1 ini. Apakah kebaikan dan adakah wujudnya keburukan??.

"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescya Dia akan membukakan jalan keluar dari arah
yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah. nescaya Allah akan mencukupkan keperluanya".. Surah At-Thalaq:23


6 Responses
  1. hanim yusra Says:

    semoga kita dilindungi Allah daripada bala ini..untuk doa pelindung diri penyakit H1N1..singgahlah ke blog badar kami.. http://budi-integomb.blogspot.com/


  2. hanim yusra Says:

    semoga kita dilindungi Allah daripada bala ini..untuk doa pelindung diri penyakit H1N1..singgahlah ke blog badar kami.. http://budi-integomb.blogspot.com/


  3. onlyme Says:

    Dan sesunggunhnya manusia itu akan merasa takut apabila menghadapi kesusahan dan ketika itu barulah mereka memohon perlindungan dari Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. Dan pabila manusia itu berada dalam kesenagan dia lupa pada tuhan yang mencipta-nya, moga kita dijauhkan dari sifat yang mazmumah dan tergolong dalam orang yang beriman..Insyaalah, kpada hanim yusra saya telah singgah di blog kalian..syukran


  4. Firdausi Says:

    Assalammualaikum Fatin,

    berkenaan dengan persoalan yang dikemukakan oleh saudari, penutupan institusi tidak akan mengurangkan lagi wabak yang sedang melanda melainkan dengan doa dariNya sahaja yang mampu mengubah kejadian alam. Kun Fa Ya Kun..


  5. DzuL Says:

    Assalammualaikum saudari..

    dari persoalan yang saudari berikan itu , sebenarnya walaupun apa yang dilakukan seperti menutup operasi institusi ia sebenarnya tidak memberi banyak impak yg besar untuk mengurangkan masalah H1N1 ini... ini kerana semua ini memang telah ditakdirkan Allah.. ia sebagai kifarah kepada seluruh manusia didunia ini daripada Allah S.W.T.. kerana manusia itu banyak membuat kejahatan kepada dunia ini yang semakin lama ke penghujungnya.. jadi diharapkan manusia ini sedar dan kembali kepada asal iaitu kembali kepada jalan Allah yg sebenarnya..

    Jika manusia itu sedar akan kesilapannya kepada ALLAH maka cepat-cepatlah ia bertaubat kerana ALLAH menerima taubat hambanya yang benar-benar bertaubat..

    Kerajaan Malaysia perlu mencari jalan yang terbaik untuk mengurangkan masalah ini. Semua yang ditakdir atau yg berlaku ada hikmah dan semua penyakit ada ubatnya , jadi berusahalah dengan memohon dari Allah S.W.T petunjuk yang sebaiknya untuk menjauhkan kita dari wabak ini ..


  6. HijabRockers Says:

    Salam'Alaikum

    Bagi akak, seriously xder function. Balik bru2 ni pun ada lg yg sakit. Akak n a few friends yg tlg handle budak2 sakit, InshaAllah Allah ada bg ilham sket apsal PSIS kena tutup. Berdasarkan pancaindera melihat dan mendengar, dan intuisi hati yg leh merasa, rasanya mcm tu la jugak kenapa. APA REASON SEBENARNYA? Haaa...yg tu takleh bgtau sini, nnt jd perang saudara plak.

    Sekian :)